2 mac 2008…
MAK….Hari ini aku memberanikan diri ini untuk menulis sesuatu tentang mak…aku himpun jugak kekuatan untuk mencoret sesuatu biarpun airmata ini gugur tak henti-henti…belum sampai pun lagi 2 bulan mak pergi….entah kenapa…hari ini aku terlalu merindui mak…sejak semalam aku menangis.aku tak mampu menahan air mata ini dari tumpah ke bumi…mak…ceq rindukan mak sangat-sangat. Serasa diri ini tak mampu nak berdepan hari-hari mendatang tanpa mak…dah hampir 2 bulan ceq tak dengar suara mak.dan selama itu jugak ceq tak panggil mak…mak…ceq tak kuat mak…ceq tak tabah…ceq tak kuat semangat…ceq kalah mak…
Mak…ceq sebenarnya nak jadi seorang yang sangat tabah mak. Tapi hari-hari yang mendatang ni terasa sangat sunyi nya. Ceq tak mampu nak balik rumah kita sebab segala kenangan kita ada di situ. Setiap ceruk rumah tu ada mak…bayang-bayang mak…ceq sayangkan rumah tu mak tapi ceq tak mampu nak jejakkan kaki lama-lama di situ.
Semalam…ceq demam…bila ceq tak sihat, ceq rindu sangat-sangat pada mak…kalau selalu, ceq telefon mak mengadu dengan mak apa sahaja. Kita berkongsi semuanya. Tapi kini ceq hilang semua tu dalam sekelip mata mak. Ceq perlu berdikari untuk teruskan hidup ini. Ceq dah takde sesiapa untuk sentiasa mendengar luahan hati ceq…untuk memberi sokongan kepada ceq…
3 ramadhan…3 september 2008…12.15-1.20 pm…dlm bilik..
SALAM RAMADHAN MAK...SELAMAT BERPUASA...
Mak…hari ni adalah hari ketiga ramadhan menjengah. Dan inilah juga pertama kali ceq berpuasa tanpa mak di sisi....mak...ceq tak pernah ada kekuatan untuk mencoret apa pun tentang mak.hari pertama puasa telah mengundang jujuran airmata ceq mak...sesungguhnya ceq teramat rindukan mak.sangat rindu mak!!kesepian yang ceq rasa jauh di sudut hati ni hanya Allah sahaja yg tahu. Ceq rindu nak dengar suara mak...rindu puasa dgn mak..rindu nak bersahur dgn mak...rindu nak cium mak...rindu nak peluk mak...rindu nak jaga mak...rindu nak berkongsi masalah dgn mak...rindu nak panggil mak..sedih hati ni bila kawan-kawan nak balik berbuka dengan mak diorang...ceq dah tak ada mak.ceq dah tak berpeluang lagi utk semua tu.
Mak...teringat saat mak kejut ceq bangun sahur...teringat saat mak marah ceq sebab tak tolong mak kat dapur...teringt saat kita berbuka bersama...mak suka minum air byk2...mak makan nasi lepas balik tarawikh...teringat saat kita berjalan kaki ke masjid...teringat saat ceq berjemaah dgn mak...teringat saat kita pegi masjid untk jemaah subuh...teringat saat ceq sibuk belikan baju raya, tudung raya utk mak...tak sangka mak...tahun ni ceq merasai segalanya berseorangan tanpa mak lagi.sungguh tak sangka dengan ujian maha hebat ini.
Mak...tahun ni,ceq menumpang beraya di rumah paksu...ceq tak mampu nak beraya di rumah kita mak. Terlalu bnyk kenangan mak dalam rumah tu. Mak nak tau...bilik mak dulu ceq tak bagi sapa2 pun masuk.tak bagi sapa2 pun ambik brg2 dlm bilik tu...Cuma ceq izinkan zu sapu sampah ja.ceq tak nak bau mak hilang dari bilik tu. Semuanya masih sama.Cuma kain baju mak ceq tutup dgn kain sebab tak nak berhabuk.mak...raya kali ni mesti sedih sgt sebab ceq dah takde mak.ceq tak boleh dah nak cium tangan mak minta maaf...
Teringat tahun lepas...kita kat hospital masa tu. Ingatkan kita beraya di sana tapi akhirnya doc izinkan mak balik beraya di rumah biarpun hanya seminggu di rumah...sebab mak tak sihat balik...teringat masa ceq pergi pekan rabu dengan pait carikan kain tudung yg mak suka tu. Nasib baik ceq beli jugak..kalau tak, menyesal ceq hingga akhir hayat ceq mak....pastu, cekup kepala yang ceq belikan untuk mak tu, ceq pakai sembahyang kat asrama ni...Ceq balik rumah hari tu,ceq jumpa kain sembahyang mak dalam almari mak yg dulu. Kain sembahyang yg mak selalu pakai kat rumah.walau nampak lusuh, mak tak berganti pun kain sembahyang tu..Ceq teringat sangat kat mak sebab mak suka pakai kain sembahyang tu kan?betul x mak...ceq menangis lagi mak..
Mak...sekarang ni ceq tengah busy nak test. Ceq nak mintak izin mak...nak mintak restu mak...restui anakmu ini mak...sedihnya..mak dah tak boleh doakan ceq lagi dah.tapi ceq akan sentiasa mendoakan mak dan pak di sana, Ceq tak akan sesekali lupakan semua tu mak...
Mak...28 jun baru-baru ni, ceq bertunang dengan izwan mak...lelaki yang pernah mak jumpak dulu...ceq mengharapkan restu dari mak sebab mak pernah pesan pada ceq suruh ceq terima dia sebab mak nampak dia baik...alhamdulillah mak...dia memang sangat baik dan mama...ayah...gee...semuanya baik dengan ceq. Ceq berharap akan kekal bahagia dgn dia mak.Mak...sedih hati ceq di saat pertunangan tu. Maafkan ceq mak sebab bertunang tak lama selepas mak tinggalkan ceq....bukan bermaksud untuk bertunang dalam masa yang terdekat tu. Cuma ceq memikirkan diri ceq yang sudah tidak punya sesiapa lagi. Ceq malas nak menyusahkan orang lain mak untuk jaga ceq.sebab tu ceq bertunang. Sekurang2nya izwan ada di sisi kalau apa2 terjadi pada ceq.Maafkan ceq mak.Mungkin kalau mak masih ada di sisi, ceq takkan sesekali bertunang atau berkahwin sebab ceq nak bahagiakan mak dulu...nak bagi mak rasa duit ceq...nak balas budi mak yang takkan mampu pun ceq balas...nak bela mak...nak jaga makan minum mak..tp Allah lebih sayangkan mak.Mak hanya dipinjamkan sementara sahaja buat ceq.semuanya adalah di bawah kuasa Dia...kita hanya insan ciptaanNya...
Mak...ijah dah pandai sekarang..cerdik sgt!selalu kalau ceq tanya dia mak pi mana, dia mesti jawab pi kubuq...hehehehe.Mak...dialah kekuatan yang ceq ada.ceq akan anggap dia macam adik ceq sendiri sebab mak sayang sgt dengan dia.Sebab mak dah anggap ijah macam anak mak sendiri,ceq pun akan anggap dia macam adik ceq sendri mak. Ceq janji dengan mak...ceq akan syg dia mcm adik sendiri.mak...gelang yang mak bagi tu ceq dah tukarkan.Dah bagi Ijah pun..dia seronok sangat mak..paksu sedih sebab tak sangka mak betul2 bagi gelang untuk ijah.
Mak...terlalu banyak yang nak ceq kongsikan dengan mak...terlalu....mak....
Mak...masa mula2 dulu...memang susah ceq nak biasakan diri...sampaikan rasa seolah2 sudah hilang matlamat hidup...selama ni ceq belajar untuk berjaya, untk kerja baik2,untuk berikan segalanya buat mak...tapi bila mak pergi tinggalkan ceq, ceq gelap seketika!macam hilang arah tujuan. Kalau sebelum ni, ceq selalu tulis kata2 depan meja study tentang mak..supaya kata2 tu sentiasa ingatkan ceq belajar rajin2..tapi sejak mak takdak, ceq dah tak pernah tulis semua tu mak...malah nak letak gambar mak atas meja pun ceq tak nak..bukan sebab ceq nak lupakan mak...tapi sebab ceq tak mampu dan tak boleh sesaat pun tak ingat pada mak...dan mak...tiap kali rindu pada mak...ceq akan menangis mak..dalam bilik air sekalipun...macam tu la mak keadaan ceq sepanjang mak tak dak ni...
Mak...datanglah dalam mimpi ceq selalu. Biarpun sekejap sahaja tapi asalkan ceq boleh bercakap dgn mak...boleh peluk mak...boleh cium mak...dah cukup buat ceq mak...datanglah mak...datang dalam mimpi ceq...biarpun hanya dalam ilusi...hanya dalam bayangan...
Mak...terima kasih atas segalanya. Ceq tak berpeluang pun untuk mintak maaf di saat2 mak berdepan dengan sakaratul maut...ceq harap mak dah maafkan segala dosa ceq pada mak na...biarpun terlau rindukan kehadiran mak tambah2 di bulan ramadhan ni...ceq akan cuba kuatkan hati dan bersabar atas segala apa yg tersurat untuk ceq mak...semoga kesabaran yang ada dlam diri mak akan turut mengalir dalam diri ceq mak...terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar....kasih sayang...secukupnya untuk menjadi bekal buat ceq...insya allah mak...ceq akan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yg berjaya. Ceq takkan lupa untuk menyatakan saya anak kepunyaan Zahrah Abd Ghani dan Ismail b Adam...
10 september 2008...
Hari ini sudah masuk hari yang kesepuluh umat islam menyambut ramadhan...mak...ceq berbelah bahagi sekarang. Minggu depan ceq cuti 4 hari...ceq teringin nakpi KL jumpa izwan...tapi ceq takut orang salah anggap pada ceq.ceq tak larat nak dengar macam-macam nanti...kalau mak masih ada, dah tentu ceq tak payah fikir nak ke mana cuti2 ni. Mesti ceq balik rumah berbuka dengan mak.wajib!!!tapi sejak mak tinggalkan ceq, ceq malas sangat nak balik kampung kita mak...bukan sebab apa...sebabnya dah takdak permata yang bernilai...tak dak harta yang bernilai seperti mak...tolong ceq mak...
I OKTOBER 2008...1 SYAWAL...
Selamat hari raya aidilfitri mak...mak...ampunkan segala dosa ceq mak...pertama kali ceq bangun di pagi subuh syawal tanpa mak. Mak, tatkala diri ini pertama kali mendengar takbir raya pada malam 1 syawal tu, ceq tengah makan nasi dengan paksu, maksu dan anak2.terus terasa pahit tekak ini untuk teruskan suapan...tak semena-mena airmata ceq mengalir mak...ya allah...sedihnya tak dapat ku tahan lagi!bagaimana ceq nak raikan hari raya ini tanpa mak di sisi ceq...setelah lama ceq berfikir untuk berdepan dengan hari ini tanpa mak...akhirnya tiba juga waktunya. Mak...pagi keesokannya, ceq bangun awal sbb nak mandi wajib dan solat hari raya...ceq nak ziarah mak di pusara...tapi alangkah sedihnya pagi tu mak...ceq kehilangan mak...paksu dan maksu kehilangan tok...walaupun rumah maksu terhias cantik, namun hanya kami sahaja tahu apa yang terbuku di hati masing-masing. Mak...pertama kali ceq tak cium tangan mak di pagi raya. Tatkala tangan ini mencium tangan paksu...ceq tak mampu lagi nak menahan tangis ini setelah dri semalam lagi ceq tahan mak...ceq menangis dalam pelukan paksu. Sedih sangat!!paksu pun menangis teresak-esak mak...rindunya pada mak...rindunya nak peluk mak...rindunya nak cium mak...cium tangan mak...
Lepas tu... ceq pi solat raya kat masjid dengan paksu...kami berjalan kaki. Indahnya saat ceq dan mak berjalan kaki ke masjid pada hari raya haji tahun lepas...itulah pengakhirannya mak...ceq pergi ke masjid dengan muka yang merah..mata yang bengkak...sebab terlalu byk menangis sejak semalam lagi mak. Lepas sembahyang, ceq terus ke kubur pak...kubur pakcik..kubur tok...dan baru kubur mak. Bukan niat nak utamakan diorang dulu mak tapi ceq tak mampun nak ziarah kubur mak. Rasa macam tak percaya mak dah tinggalkan ceq seorang diri dan ceq beraya sorang-sorang tanpa mak lagi.segalanya bagai mimpi mak...mimpi di siang hari...tapi hakikat sebenarnya ia bukan mimpi tapi realiti. tak sangka tahun ni kami melawat 3 orang sekaligus. Memang sedih mak...semuanya menangis. Lepas dari tu, ceq terus berazam tak nak nangis lagi untuk raya ni. Ceq dah tak larat nak menangis mak. Ceq dah tak larat nak berduka. Ceq redha atas apa yang berlaku dan ujian ini ke atas ceq...
Mak...
Alahamdulillah...kubur mak masih merah sejak sudah hmpir setahun mak tinggalkan kami semua...ceq berdoa setiap masa untuk kebahagiaan mak dan pak di sana. Tak pernah lupa walau sesaat pun untuk hadiahkan al-fatihah untuk mak..mak...dikaulah permata ku hingga ke akhir hayat ku mak.
Ceq akan selalu berdoa semoga mak diampunkan segala dosa2 mak...semoga Allah terima amalan kebaikan mak...semoga Allah jauhkan mak dari seksa dan azab api neraka..semoga mak dikurniakan rahmat yang tertinggi oleh Allah...semoga mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman yakni di kalangan para solihin....amin...ya rabbal a’lamin...al-fatihah..
No comments:
Post a Comment