Tuesday, March 17, 2009

7 januari 2009

Hari ini aku keseorangan dalam bilik tanpa rumate2 aku...bila keseorangan dan sambil2 buka laptop, aku selalu akan menjengah surat untuk mak...aku mesti nak gunakan kesempatan ini untuk mencoret sesuatu tanpa ada gangguan sesiapa...

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2009. Sudah hampir genap setahun pemergianmu mak.entah kenapa hati ini terasa ingin melakar kembali rentetan pemergian mak ke rahmatullah...serasa ingin mengingat kembali detik2 terakhir bersama mak...KRONOLOGI PEMERGIAN MAK...INSAN TERSAYANG DLM HIDUPKU....

9 januari 2008 (rabu)

Petang ni aku col mak su untuk tanyakan khabar mak...sebab semalam sepatutnya mak pergi cuci darah kat hospital alor setar yang lama.tapi bila aku col,maksu kata mak kat hospital sebab nurse kat tempat mak cuci darah tu tak nak cuci darah mak sebab mak demam.menggeletar badan mak menahan kesejukan. Tak dapat aku bayangkan sebab aku tak bersama dengan mak.sedihnya...petangnya,maksu kata mak kena tahan di wad.aku terus rasa gundah gulana dan bimbang sangat2.aku col stesen bas,tanya tiket ke kedah tapi semua bas dah habis tiket.Aku mula kebuntuan sebab mak adalah segalanya buat aku.aku nekad untuk balik tengok mak!nekad!akhirnya,atas pertolongan Allah,paksu intan kebetulan nak balik ke kelantan.Aku col stesen bas transnasional di kelantan,ada lagi tiket.pukul 10 pagi paling awal.Alhamdulillah...mak tak izinkan aku balik sebab aku baru je balik ke ganu tapi aku balik jugak.aku takkan sesekali tinggalkan mak di hospital seorang diri.Selama ni pun,aku sentiasa ada dgn mak tiap kali dia masuk wad.aku sampai ke kelantan pukul 1 pagi lebih dah.aku tido kat umah maksu intan di kota bharu dengan intan.Aku bersyukur sebab dengan izin Allah,insya allah...aku akan dapat juga pulang menjenguk mak...

10 Januari 2008 (Khamis)

Maksu,paksu,intan n adik intan hantar aku kat stesen bas kota bharu...bas aku patutnya gerak pukul 9 tapi terlewat sampai pukul 10.30...dalam hati aku ni hanya Allah je yang tahu keresahan aku.lambat bas bertolak, lagi lambatla nak sampai kedah...pasrah jela janji aku dapat jaga mak kat wad malam ni.Aku terserempak dengan wi, ani,dan anak2...diorang pi hantar anak sedara ani nak balik kedah jugak n kebetulan bas yang sama dgn aku.Sepanjang dalam bas,hati aku tak berenti2 berdoa semoga mak ok dan boleh sihat macam selalu.Aku dah col maksu bagitau aku nak balik n mak pun dah tau.Mak terkejut dan tak bagi aku balik sebab katanya dia tak apa2...

Aku sampai dalam pukul 5 petang kat tol alor setar n kak cik bibah tolong mai ambik aku pi wad. Sesampai je aku kat wad, aku terus menerpa mak dan peluk serta cium mak bertubi2...air mata aku tak dapat nak ditahan2 lagi sebab aku tak sanggup tengok keadaan mak yang sangat tak berdaya tu. Luluh hati ini!mak tak larat sangat..Hanya Allah je yang tahu perasaan aku waktu itu. Demi Allah, aku takut kehilangan mak saat itu.takut sangat2...tapi aku bersyukur sebab aku dapat jugak bertentang mata dengan mak hari ini.Sepanjang di wad,aku sentiasa peluk mak...suapkan makanan untuk mak.nampak mak gembira sebab aku ada depan mata mak.itulah sekeping hati seorang ibu...walaupun di dasar hatinya sangat ingin aku berada di depan mata,namun demi untuk tidak menyusahkan aku, mak larang anak dia balik walhal bila anak ada depan mata, hati gembira tak terkata. Indahnya saat itu...sampai hujung nyawa aku,aku akan pesan pada orang2 terdekat dengan aku supaya jgn sekali2 hampakan hati seorang ibu.

Petang,ramai jugak datang melawat mak...maksu...dan ramai lagi la sehingga aku pun dah tak ingat. Bila hari beransur malam, tinggallah aku seorang diri menjaga mak. Walaupun badan aku agak keletihan tapi aku tak peduli dan tak sempat pun fikir pasal tu. Mungkin aku lebih fikirkan tentang mak. Tadi, masa aku sampai tu, mak terus tanya macammana aku jumpak dengan family Izwan..diorang ok ke tak...diorang boleh terima aku ke tak...alhamdulillah...aku cakapkan pada mak diorang semua ok.boleh kot nak menumpang....mak tarik nafas lega.mungkin dia rasa lega bila anak dia diterima dengan baik.Tapi mak masih sempat tanya aku pasal tu. Aku sedih sgt sebab aku sanggup tinggalkan mak dan balik awal sbb nak singgah kl semata-mata nak jumpa dengan keluarga Izwan dan pi kenduri Che Lin.kalaulah aku tahu apa yang bakal berlaku,takkan aku tinggalkan mak sesaat pun.Aku cerita serba sedikit tentang diorang pada mak...mungkin mak dah rasa dia nak tinggalkan aku,sebab tu lah dia tanya aku pasal Izwan...keluarga Izwan...mak...mak....rupanya mak dah nak tinggalkan ceq...Bila tibanya malam...mak asyik bersungut dia lenguh satu badan...sebenarnya dari petang tadi lagi dia asyik bersungut macam tu.tak tau dah nak buat macam mana.bila aku tanya n mintak nak urut, mak cakap tak payah..dia kata lagi...kesian kat aku sebab takkan larat kalat nak urut dia sebab dia lenguh satu badan.Mak tak tau nak cakap lenguh kat mana bila kami tanya...tapi yang pasti, mak asyik dok angkat tangan kiri dan kanan tak berenti2 pun.sampai aku pun naik letih tengok mak macam tu. Sian mak...mesti teruk sangat mak rasa waktu tu.Lepas solat magrib,aku bacakan yasin untuk mak..di sisi mak...aku resah sangat tengok keadaan mak macam tu.dahla aku tak dapat pun nak tolong ringankan sakit mak...Hanya pada Allah aku mohon dan mintak kekuatan. Izwan pulak asyik col aku bagi semangat kat aku. Sungguh...aku takut sangat waktu tu.takut sangat untuk kehilangan mak.serasa diri ini tak mampu nak berdepan dengan kehilangan tu.tolong aku ya Allah...bukan pada waktu sekarang...tolong Ya Allah...panjangkan umur mak...izinkan aku jaga mak dan berbakti pada mak...izinkan mak merasa duit kerja aku Ya Allah...amin Ya Rabbal A’lamin...tapi bila tengok mak sakit sangat,aku berlawan dgn hati mohon pada Allah semoga jika sudah sampai waktunya untuk mak mengadapNya,aku mohon Allah permudahkan segalanya.biar mak tak sesakit sekarang...itu antara kata-kata yang terukir di sudut hati aku yang paling jauh sebab aku tak nak kehilangan mak sebenarnya...tidak sama sekali tapi aku juga takkan mampu melawan takdir yang telah tersurat..kematian itu sesuatu yg pasti!Aku luahkan pada Izwan...air mata aku ni dah tak luak dah...asyik menangis je dari petang tadi...hanya Izwan yang ada waktu tu utk aku meluahkan apa yg aku rasa.nasib baik ada dia.at least ada jugak tempat aku mengadu.

Kemudian aku message paksu suruh paksu dtg hospital sebab aku rasa takut tiba2...aku cakap pada paksu,aku takut jadi sesuatu pada mak dan aku sorang2 kat hospital...aku tak kuat nak terima perkara tu...Ya Allah...seolah2 hati ini sudah dapat meneka apa akan berlaku cuma sedaya mungkin aku menidakkan...

Aku jadi tidak keruan..nak ke hulu nak ke hilir tapi takkan nak tinggalkan mak sebab mak sorg2 nanti...pada saat ini,apa yang aku mahukan hanyalah sujud menyembah Allah yang Esa.mohon diberi ketenangan,kekuatan,ketabahan dan kesabaran.Dalam pukul 10 malam, paksu datang hospital.Aku masih ingat mak merajuk dengan paksu sebab paksu langsung tak datang tengok mak sejak mak masuk wad.Aku biarkan paksu pujuk mak...aku pegi sembahyang isyak dan solat hajat untuk mak dalam penuh syahdu...mak....mak...mak...Lepas solat,aku kembali kat katil mak.aku nampak mak makin teruk...aku bacakan ayat seribu dinar pada secawan air dan bagi mak minum...aku sapu air tu kat ubun2 mak..kat muka mak...aku buatkan air yasin untuk mak lepas magrib tadi...aku ikhtiar setakat yg aku mampu.at last, bila mak tak lega jugak,aku dah tak tahu nak buat macam mana...aku pegi dekat nurse yg bertugas dan mintak nurse bagi ubat tahan sakit untuk mak.aku dah tak mampu nak tengok mak menderita.sejak pagi tadi lagi mak asyik angkat tangan sebab lenguh2 badan.mak langsung tak boleh tidur.Ya Allah...kesian nya aku pada mak...mesti mak terseksa sangat..aku tak dapat menelah apa yang mak rasa pada waktu ni.tapi yg buat aku sedih,nurse tu tak dtg pun tgok mak.diorang mcm tak larat nak layan karenah pesakit tapi tahukah diorang apa yang aku rasa sebagai seorang anak yg tak tahan tengok penderitaan seorang ibu??aku rasa marah sangat sampai aku cakap pada diroang...’kalau macam ni, baik tak payah dok hospital.lebih baik bawak mak balik je...’ Paksu pulak dah balik waktu tu sebab nakgi minum kat kedai.sampai hati paksu tinggalkan aku sorang2...paksu kata nak datang balik dan kuar kejap je.tapi aku tunggu sampai pukul 3pagi...baru paksu datang...bukan sorang..dgn kak jan dan abg en.Masa tu, nurse datang kat mak,masukkan darah untuk mak...tapi tak lama lepas tu,mak gatal2 seluruh badan.sekali lagi mak tak boleh tidur.Aku rasa kuat sikit sebab kak jan ada bersama.Kami bergilir-gilir gosok badan mak utk hilangkan gatal2 tu tapi tak boleh jugak.Aku ambik kesempatan itu utk lelap sekejap sebab terlalu letih.bukan letih jaga mak tapi letih dalam perjalanan yg panjang tadi...

Jumaat (11 Januar 2008)

Dalam pukul 6.30 pagi, aku nampak seluruh badan mak jadi macam kelopak garam.habis satu badan.Ya Allah...apa pulak yg melanda mak kali ni...sudah2lah ya Allah...tak sanggup nak tengok mak...Sekali lagi aku mengadu pada nurse.Nurse datang tgok mak.Rupanya darah tu tak sesuai dengan mak..Sekali lagi tanda2 mak nak tinggalkan aku...badan mak dah tak boleh terima apa2...badan mak akan reject apa je yang masuk dalam badan mak...aku tak tahu...sungguh aku tak tahu...nurse cabut semula wayar darah mak.lebam tangan mak asyik kena cucuk je.Aku tak pernah tengok nurse cucuk mak sebab aku kesian kat mak sangat2.

Pagi ni,abg cik dtg awal sgt.Dia nak ambik rambut mak buat sampel untuk hantar pada doktor homopati yang rawat mak tu.Terima kasih tak terhingga utk abg cik yg dah byk berhabis utk mak!sampai mati,aku akan kenang jasa abg cik.Aku ambik kesempatan utk pergi sarapan.Abg Cik tolong jaga mak.Aku tanya mak nak makan apa...tp mak gelengkan kepala.Mana mungkin mak nak makan sebab hari ni hari terakhir mak di sisi aku.Lepas breakfast,Izwan col aku.Aku bergayut lama dengan dia.Sampainya hati aku tinggalkan mak dgn abg cik.sampai hati aku layan Izwan daripada mak.Sampainya hati aku...ampunkan ceq mak...sepatutnya ceq spent masa yang lama dengan mak.bukan dgn Izwan.Ampunkan ceq mak...ceq lalai...lalai dgn cinta baru..ampunkan ceq mak.Dalam pukul 8.30,aku naik ke wad.Kak cik ada sekali kat situ.Rupanya mak berak.Betapa aku tak tahu pun mak berak.Macamana aku jaga mak sebenarnya ni??mak berak pun ,aku boleh tak sedar.Aku menyesal sekali lagi sebab tak jaga mak betul2.Tapi sungguh,aku tak bau apa2 pun.Mak tak bagi kami tukar pampers tapi kami buat jugak.Aku dah nampak mak lain sangat.Muka mak dah nampak lain macam sebenarnya.Mak hanya membiarkan kami buat apa sahaja.Aku tahu mak malu orang tengok punggung mak tapi tak apa mak...mak sakit...tak bermaya...ceq tak kisah pun basuh berak mak...tengok tahi mak...air kencing mak...bau najis mak...semua tu buat ceq jadi insaf dan terharu dgn pengorbanan mak besarkan ceq sampai umur ceq 24 tahun ni.Kalau mak sakit tak sampai pun setahun...ceq basuh berak mak baru beberapa kali...tapi kalau nak bandingkan dgn mak yang basuh berak ceq sampai umur ceq 4 tahun.4 tahun lamanya!!besarnya pengorbanan mak...terima kasih mak.Air mata ini dah tak larat nak kuar...muka aku ni merah memanjang.aku tak mampu tahan airmata dari mengalir keluar bila setiap kali mata ini bertentang dengan mata mak.Abg en datang melawat mak...Apa yang buatkan aku terharu dan menangis lagi bila mak pesan pada abg en suruh jaga aku...mak kata mak dah nak pergi.mak suruh abg en tengok2kan aku,adik dia.Aku marah mak sebab cakap macam tu.Jgn tinggalkan ceq mak.ceq takdak sapa2...jgn cakap macam tu mak.ceq tak sanggup berdepan dgn kehilangan mak...tolong mak..jgn cakap macam tu.iskiskisk!

Lepas tu, aku koyakkan buah untuk mak...mak makan sikit saja.Aku suapkan air utk mak.Ya Allah...rupanya inilah bakti terakhir aku utk mak...

(Aku dah tak sanggup nak teruskan penulisan ini...mak...)

20 Februari 2009...11.52 pm...dalam bilik...Aku cuba lagi utk menyambung penulisanku ini...semalam aku merindukan mak...aku panggil mak..mak...mak...mak...tapi mak tak dtg padaku...mak telah pergi kepada Penciptanya...tak mungkin lagi mak akan kembali kepadaku biar macammana sekalipun aku menangis...mak...aku menangis lagi...

Bila masuk waktu zohor, aku ke surau utk solat. Seusai saja solat,aku mohon mak dipanjangkan umur seperti doaku setiap waktu...air mata aku tak henti2 mengalir sejak aku balik semalam...Masa tu mak teh tolong tengokkan mak...sebaik saja aku naik ke wad, aku terkejut!berselirat wayar pada badan mak.yang buatkan aku sedih dan rasa takut bila wayar dan alat utk oksigen tu dipasang pada mak..seakan faham bahawa bila alat tu dipasang,mak dah mempunyai harapan tipis utk terus hidup...mak bernafas dengan agak penat...letih sgt tengok mak..mak bernafas kuat hingga buatkan aku rasa takut sangat...Ya Allah..jgn ambil mak..jgn Ya Allah...aku tak bersedia utk kehilangan mak...satu2nya insan yg paling aku syg dalam hidupku...aku tak mampu Ya Allah... jgn uji aku dengan ujian ini Ya Allah...ujialah aku dgn ujian lain tapi bukan dgn ujian kehilangan ini Ya Allah...kami baru sahaja kehilangan 2 orang insan dalam keluarga kami...pakcik...tok...Kau ambil berturut2 Ya Allah...aku merayu pada Mu Ya Allah...

aku duduk di sebelah mak, mak tengok aku dengan pandangan yang sukar nak dimengertikan. Mak pandang aku sedalam2nya...sehinggakan aku tak mampu pun nak menatap mak..tak mampu nak berlawan mata dengan mak...aku kalah...aku menangis pd waktu tu...aku kalihkan pandanganku ke tempat lain.Itulah pandangan terakhir mak pada anak yang disayanginya ini...Rupanya bukan aku sahaja yang perasan pandangan luar biasa mak...mak teh pun perasan...aku tak lalu nak makan...aku gagahkan juga dan aku pelawa mak makan...aku nak suap mak...tapi mak tak nak...aku makan berkuahkan air mata,serasa tak mampu nak kutelan nasi tengahari tu...

Selepas tu, aku teringat utk potong kuku mak.aku tengok kuku mak panjang...dalam pukul 4 petang, mak cik mah dtg melawat mak..tapi bila aku pegang tgn mak...tgn mak sejuk...aku tak mampu..aku terketar-ketar nak ptong kuku mak...akhirnya...makcik tolong potongkan...Alhamdulillah...sempat ptong kuku mak...dalam pukul 5, aku pergi ke surau utk solat asar...naik sahaja ke wad, ramai sanak-saudara aku dtg melawat mak...tapi masa tu mak tidur...mak bernyawa dgn kuat...macam penat gayanya...aku cakap pada mak ndak..kenapa mak bernafas kuat sgt...kenapa mata mak nampak mata putih mak...mak ndak kata mungkin mak letih sgt sebab tak tidur semalaman...mak ndak kata mak tak dak apa...tapi aku dah keluar air mata...aku panggil mak nak bagitau semua orang ada kat situ...adik2 mak...tapi mak tak sedar...aku belek2 badan mak...zaimah pun tengok tangan mak...aku nampak tgn mak kehitaman..Ya Allah...tanda-tandanya sudah ada...aku sedar tapi aku menidakkan...aku cuba menidakkan...aku tak puas hati dengan jawapan mak ndak yg aku kira hanya nak sedapkan hati aku...aku panggilkan nurse...nurse dtg tengok mak...tiba2 keadaan menjadi kalut...dlm sekelip mata sahaja, ramai doktor mengerumuni katil mak...nurse panggil semua doktor yang ada di situ...nurse col dr2 lain ...Ya Allah...apa yang berlaku ni...Ya Allah...jgn Ya Allah....

Aku berhenti di sini...cukuplah dahulu...aku tak mampu nak teruskan lagi....mak....mak....ceq menangis lagi mak...

12 Mac 2009....11 pm...dalam bilik... Aku menyambung semula coretanku tentang kronologi pemergian mak...setelah aku punya kekuatan utk menulis tntg mak...

Aku lihat doktor memasang alat bantuan pernafasan pada mak...doktor mengambil alat utk memeriksa tekanan darah mak...dan macam2 lagi alat yang doktor gunakan pada mak. Ya Allah...mak bernafas dgn kuat sekali.Aku tak mampu nak berdepan dgn situasi ni. Doktor menyuruh aku dan yang lain berganjak ke tepi sebab menganggu kerja2 diorang. Aku larikan diri sejenak dan beristighfar byk2...aku sandarkan diri pada dinding dan aku mohon kekuatan yg tak terhingga dari Allah.Seakan sudah menduga apa yg bakal berlaku, aku ungkapkan kata2 pada mak lang aku... ”kalau mak mati, ceq nak duduk dgn sapa mak lang...” Mak lang menangis dan pujuk aku supaya aku tak payah risau.Insya Allah...mak takkan ada apa2.Tapi biar beribu kali diorang cakap macam tu pada aku tetap tak dapat pujuk hati aku yang gundah gulana di saat tu. Kemudian, Mak ndak pulak genggam tangan aku dan aku balas genggamannya...sungguh...aku perlukan kekuatan yg amat sgt waktu ini.Aku diam tak berkutik.Hanya mulut saja yg terkumat kamit berzikir sbb aku takut aku tak kuat tempuh dugaan Allah andai ujian Allah pada aku sampai ketika ini. Aku menunggu dengan sabar. Mak...jgn tinggalkan ceq mak...jgn mak...Ya Allah...berikan aku kekuatan Ya Allah...berikan aku kekuatan...

Setelah beberapa lama aku mendiamkan diri, aku bangun semula dan pergi ke katil mak. Walaupun ramai Dr. dan nurse sedang berusaha selamatkan mak,aku mencelah jugak masuk utk tengok keadaan mak.Mak...lemahnya mak waktu itu.Mak dah pejamkan mata...mak dah tak buka mata.Aku dekatkan diri aku pada mak...aku panggil mak...mak...mak dah tak sedar tapi aku nampak mata putih mak.Kemudian aku tengok seorang Dr naik ke atas katil dan diorang sedang buat sesuatu pada mak.Diorang tekan dada mak dengan sejenis alat utk kembalikan degupan jantung mak barangkali...Ya Allah...terbangun mak tatkala alat itu melekap di dada mak...Ya Allah...aku tak sanggup nak tengok penderitaan mak.Aku tarik belakang Dr tu...aku dah tak rasa malu...aku dah tak kira batasan aurat antara aku dengan dia...Aku cakap pada Dr tu dengan teresak2...”cukuplah Dr...jangan buat macam tu lagi...kalau dah sampai masannya mak pergi, biarkanlah dia pergi Dr...pergi dengan tenang...kesian dekat mak saya Dr...cukup tu Dr.ckup!”... Aku berusaha utk halang Dr tu tekan dada mak berkali-kali sebab aku dapat rasakan mesti mak rasa sakit yang amat sgt...Aku menangis teresak-esak...aku tak sanggup tengok diorang buat macam2 pada mak...tak sanggup lagi.’Maafkan ceq mak..maafkan ceq sebab tak berjaya halang Dr tu dari sakitkan badan mak...’ Selepas tu, aku keluar dari kawasan mak dirawat...sebab aku tak sanggup diorang mengapa2kan mak lagi.Aku peluk Abg Cik erat...”tolong mak abg cik...suruh doktor tu berenti tekan dada mak. Kesian mak abg cik...” Aku rintih pada Abg Cik. Tapi Abg Cik pujuk aku...sabarlah...biarkan diorang buat kerja diorang. Sampai hati abg cik... Aku melarikan diri lagi. Aku jauhkan diri dari semua tapi ada yang mengikut aku utk berikan aku semangat. Aku menangis lagi. Aku jadi tak keruan. Sekejap aku pergi semula ke katil mak...aku tengok tekanan darah mak yang semakin tidak menentu.kejap ok...kejap tak ok.Bila tekanan darah mak stabil sedikit,aku menarik nafas lega.Aku mengharap sangat agar mak tak apa2...aku tak henti2 berdoa pada Allah semoga mak dipanjangkan usia....

Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas...jam sudah menunjukkan pukul 7.15 malam...dah masuk waktu maghrib. Kak Ida, kakak iparku tak boleh solat...jadi dia suruh aku turun sembahyang dulu kat surau sementara dia di situ utk tengokkan mak. Aku akur. Setelah keadaan yang kalut tadi agak reda, aku turun ke surau utk sembah kepada Allah, tuhan Yang Esa...banyak yang aku nak mohonkan dengan Dia...terlalu banyak. Aku masih ingat waktu itu, aku bersolat dengan air mata yang tak henti2 mengalir di pipi...aku tak khusyuk kerana terlalu memikirkan tentang mak...Seusai solat, aku panjatkan doa...Ya Allah Ya tuhanku...Kau panjangkanlah usia ibuku Ya Allah...Kau sembuhkanlah ibuku Ya Allah...tapi jika sudah sampai ajalnya Ya Allah...Kau ambillah dia dalam keadaan tenang dan Kau permudahkanlah segalanya Ya Allah....(biarpun terlalu berat utk ku ungkapkan kata2 itu, aku gagahkan juga sebab serasa diri ini tak mampu nak lihat penderitaan mak...maafkan ceq mak...bukan maksud ceq utk doakan kematian mak...tidak mak...tidak sekali2...) Cuma aku mohon kekuatan yang tidak terhingga dari Mu andainya Kau nak ambil semula hamba Mu itu Ya Allah. Kau campakkanlah kesabaran dan ketabahan yang tinggi buatku Ya Allah...Jika ini yang terbaik utk mak dan aku, aku redha Ya Allah...Ya Allah....makbulkanlah permintaan aku ini Ya Allah...Amin Ya Rabbal A’lamin...Lepas tu, aku solat hajat pulak...mohon perkara yang sama.

Aku capai surah Yasin...baru sahaja aku mulakan bacaan, tiba2 handphone aku berbunyi.Kak Ida yang col.Kak Ida suruh aku naik ke wad tapi suara Kak Ida meresahkan aku.Kak Ida menangis teresak-esak!Ya Allah....tidak!!!!!!jangan lagi Ya Allah!Jangan...kasihankan aku Ya Allah...aku bergegas naik ke atas tanpa sempat menyudahkan bacaan yasin utk mak. Setiba je aku di wad,aku terpa katil mak.Kak Ida terus tarik tangan aku mendekati mak. Aku tekup mulut aku utk tahan tangis aku yang sudah mula teresak...

(Mak...ceq menangis lagi...inilah kemuncak segalanya...sukarnya utk ceq lakarkan detik2 terakhir ini mak...sukarnya!rindunya ceq pada mak...ceq nak gagahkan jugak tangan ceq menaip utk menghabiskan cerita ini mak...)

Aku menggeleng kan kepala di saat Kak Ida suruh aku ajarkan kalimah syahadah di telinga mak. Aku gelengkan kepala berkali-kali..aku bukan budak2 yang tidak tahu apa2...aku tahu itu tandanya mak nak pergi tinggalkan aku. Aku cakap pada Kak Ida... ”tak mau Kak Ida...mak ndak tak mau..”Kak Ida paksa jugak diri aku. Kak Ida paksa aku ajarkan jugak.Ya Allah...masanya dah tiba....masanya dah tiba Ya Allah...bukan aku tak mau ajar mak mengucap tapi itulah saat-saat terakhir mak bersama aku. Demi mak,aku gagahkan jugak diri aku. ”mak...ikut ceq mak...Asyhaduanlailahaillallah...aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah....”seingat aku, hanya 2 kali aku mengajar mak mengucap.Sesudah yang kedua,aku terus keluar dari katil mak (diorang tutup tempat mak dengan langsir)...bukan tak nak tengok mak tapi aku tak sanggup nak hadapi saat2 itu...sudah tiba detik pemergian insan tersayang dalam hidup aku...insan tercinta...insan yang terlalu banyak berkorban...insan tempat aku meluah perasaan...tempat aku berkongsi masalah....segalanya!

Beberapa ketika selepas tu, seorang doktor keluar dari katil mak.Aku tak dapat lupakan saat tu bila doktor tu tanya, ”sapa waris mak cik ni?”.Semua mata memandang kepada aku...aku mengiyakan sebab hanya aku seoranglah permata hati mak.sedih sangat waktu ni. Doktor tu cakap lagi, ”Adik, mak adik dalam keadaan yang agak tenat.Adik mohonlah pada Allah banyak2...kami dah cuba,kita berserah kepada Allah...” Aku anggukkan kepala...apa lagi yang aku mampu lakukan saat itu selain mengiyakan sahaja apa yang doktor cakapkan kerana mereka lebih arif tentang semua tu. Sejurus sahaja doktor tu cakap macam tu pada aku, seorang nurse keluar pada kami dan bagitau doktor, ”mak cik ni dah tak dak”...mendengar sahaja perkataan itu, aku jadi lembik!kelamnya duniaku!Lemah seluruh tubuhku!Seakan terhenti nafasku! Innalillahiwainnalillahirajiu’n....Sesungguhnya, dari Dia kita datang...kepada Dia jugalah kita kembali....itulah hukum karma..yang hidup pastikan pergi. Pasti! Asghfirullahaladzim....astaghfirullah...aku beristighfar banyak2 mohon kekuatan yang tak terhingga dari Allah.Kak Ida terus sambut tubuh aku yang lembik waktu tu. Alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan sebab aku tak pengsan...aku tak rebah...aku tak meraung pada masa tu.Aku cuma menangis dan menangis...Aku peluk Kak Ida dengan erat...kuat...aku cakap pada Kak Ida... ”mak dah tinggalkan mak ndak Kak Ida...mak dah tinggalkan mak ndak...mak ndak dah takdak sapa2 lagi....” Maksu datang peluk aku...semua yang ada di situ peluk aku beri aku kekuatan utk hadapi dugaan yang maha berat ini. Inilah pengakhirannya...inilah dia...pemergian ibu tercinta!

Aku pandang jam...tepat pukul 8.30 mlm mak menghembuskan nafasnya yg terakhir tapi bukan dalam pangkuan aku...malah aku sendiri tidak melihat saat akhir mak tinggalkan aku.Maafkan ceq mak!ceq tak sanggup nak tengok...sama seperti arwah pak yg pergi menyahut penggilan Illahi pada hari yang sama...Jumaat...takkan kulupa tarikh ini hingga nafasku yg terakhir.

Hilang sudah tempat ku berpaut...tempat ku bergantung...

(Aku akan sambung lagi cerita ini hinggalah ke saat mak dikebumikan...tapi bukan sekarang kerana ketika ini aku sudah tidak mampu nak menulis lagi...aku menangis dan terus menangis...)

7 Mac 2009...dalam bilik...

Sedaya mungkin aku cuba tabahkan hati aku utk hadapi semua ini. Aku tarik nafas sedalamnya utk mengalirkan kekuatan dalam diri ini. Sungguh!dugaan ini terlalu berat utk aku, tapi siapalah aku utk menolak ketentuan Allah terhadap hambaNya yg lemah seperti aku. Aku kira, aku tidak boleh salahkan takdir atau apa sahaja kerana ajal dan maut itu telah ditetapkan sejak azali. Setelah perasaan aku agak reda, aku col Izwan...utk khabarkan kematian mak. Aku menangis teruk!aku luahkan segalanya. Andai dia bersama aku ketika ini, tentu aku rasa lebih baik. Dia tgh drive masa tu. Tapi dia terpaksa berhentikan kereta di tepi jalan sebab terlalu sebak dan dia ceritakan pada aku,dia menangis...menangis kerana kasihankan aku keseorangan menanggung dugaan ini sedangkan dia tidak dapat bersama dgn aku. Aku tak kisah...waktu ini aku tidak keseorangan kerana aku masih ada mak2 saudara aku...bapa2 saudara aku...abang2 aku...dan kakak2 aku...Insya Allah...aku mampu hadapi cuma aku perlukan masa. Bukan serta merta! Aku contact sahabat2 rapat aku...mereka suruh aku bersabar...dan ada kawan aku yg tidak percaya kematian mak. Boleh diorang cakap aku tipu sebab aku masih mampu col diorang sendiri khabarkan berita yg meruntun jiwa aku. Hakikatnya, aku mengawal perasaan aku tatkala itu... Kalau aku tak bagitau sendiri, siapa yg akan tolong bagitau diorang. Kebanyakan kawan2 aku sgt rapat dgn mak.tambah2 Pait...dia sanggup balik dari Perak...naik train semata2 utk ziarah mak...terima kasih Pait ats segalanya!Aku memang sgt perlukan kekuatan dan sokongan dari kawan2 baik aku waktu ini... Sebab diorang seperti adik beradik aku sendiri.

Kemudian, maksu dtg pada aku dan mintak jenazah mak dibawa balik ke rumah mak su. Aku mengikut saja mana yg baik sebab kalau kat umah aku, sapa yang ada utk uruskan semuanya. Sementelah bangsal yg dibuat sebelah umah mak su belum pun lagi dirobohkan, kami sambung semula majlis tahlil utk mak. Sebenarnya, baru saja seminggu kami sudah mengadakan majlis tahlil utk arwah tok...kini arwah mak pulak. Berturut2 kematian dlm keluarga kami. Bermula dgn pak cik...tok...dan kemudian mak...Cukuplah Ya Allah...biarlah mak mejadi orang yang terakhir!

Setelah itu...aku kembali ke katil mak. Aku pandang muka mak tapi mak tak pandang aku kembali. Kami takkan dapat bertentang mata lagi sampai bila2 pun. Aku lihat leher mak yang berdarah akibat tebukan yang dibuat oleh doktor utk cuci darah. Kesiannya pada mak...tenang wajah mak ketika itu. Aku bersyukur kerana mak pergi dalam keadaan tenang. Berakhir sudah penderitaan mak akibat penyakit buah pinggang yang sdh setahun mak hidapi. Pergilah mak...ceq redha...pergilah kepada Pencipta mak...semoga mak bahagia di sana. Aku pandang lagi wajah mak...tubuh mak yang sudah siap dibalut dgn kain putih. Itulah sekujur tubuh ibu ku! Aku sapu airmata yang tak henti2 mengalir untuk bolehkan aku kucup muka mak. Aku dekatkan wajah aku pada mak...aku cium dahi mak...lama...aku cium pipi mak kanan dan kiri...berulang kali...sepertimana aku selalu cium wajah mak pada setiap hari...mak...selalu mak akan marah aku kerana lemas dalam ciuman kasih anaknya..tapi kali ni mak diam tak berkutik lagi...mak tidak membantah lagi biar byk mana sekalupun aku cium mak...rindunya nak dengar suara mak yg selalu marahkan aku ats kenakalan aku yg suka sgt sakat mak...mak...beratnya dugaan ini mak! Ya Rabbi... Ya Allah...sejuknya tubuh mak...air mata aku hampir mengalir...aku terus angkat muka aku. Tak nak airmata ini mengalir mengenai wajah mak yg bersih tu. Anak2 saudara aku pun cium wajah tok diorang....

Aku kemas semua barang2 mak...diorang pun tolong kemaskan. Aku pergi pada nurse2 yang ada di situ dan ucapkan terima kasih ats segala pertolongan yg diorang berikan. Aku takkan dtg lagi ke wad ini...wad 4D yg meninggalkan nostalgia yg sgt pedih buat diriku!Biarlah ini adalah kali terakhir aku jejakkan kaki ke sini. Arwah Pak Cik, adik mak pun hembuskan nafas di sini...kini mak pula mengambil giliran...ketentuan Allah semuanya!

Setelah selesai semuanya, aku menunggu sehingga jam 9.30 malam utk membawa jenazah mak pulang ke rumah. Ketika ini, aku ditemani dgn 2 orang anak saudaraku. Kami naik van jenazah bersama dgn mak...tapi bukan lagi mak yg boleh bercakap....hanya sekujur tubuh mak yang dah berbalut dgn kain putih. Inilah pengalaman yg tak dapat aku lupakan. Pengalmn yg pertama dan terakhir dlm hidupku. Sepanjang perjalanan, aku tak henti2 berzikir...aku mohon byk2 kekuatan dari Allah...aku bacakan al-fatihah, Al-ikhlas utk mak. Mak...bagai mimpi semuanya yg berlaku ni!semalam baru ceq bercakap dgn mak...kini mak dah tinggalkan ceq...

Sesampainya ceq di rumah pak su, dah ramai orang kampung yg dtg utk bacakan tahlil. Turun saja dari van, aku terus dapatkan paksu. Aku peluk paksu erat. ”Paksu, kak long dah takdak sapa2 paksu...paksu jaga kak long na...”Aku menangis dalam pelukan pak su. Pak su pun menangis...pak su pesan pada aku, jgn meraung…itu saja yg Paksu mintak dari aku. Alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan. Aku tak meraung....

Sesudah itu, aku bersihkan diri. Aku menangis sepuasnya dlm bilik air. Aku luahkan perasaan aku...kemudian, aku solat Isyak...solat hajat...sekali lagi aku mohon kekuatan. Aku menangis lagi. Biarlah air mata aku kering kerana pemergian mak. Ain, kawan aku masa diploma dtg dgn husbnd dia. Terima kasih Ain ats sokongan!

Aku tak dapat nak bacakan Al-Quran di sebelah mak sebab masa tu ramai yg dtg nak jumpa aku.Sedihnya...aku satu2nya waris mak yang tggal!Terima kasih mak kerana pengorbanan mak taruhkan nyawa lahirkan ceq...terima kasih mak...

Sabtu (12 Januari 2009)

Dalam pukul 12 tgh mlm, aku tidur sekejap sebab badan aku terlalu letih. Maafkan ceq mak sebab tinggalkan mak sekejap...Kalau ikutkan perasaan, aku nak tidur sebelah mak sambil peluk tubuh mak yg sejuk kaku tak bernyawa itu tapi aku masih waras...

Dalam pukul 3 pagi, Zaimah kejutkan aku. Dia cakap pada aku...”kak long...bangun kak long...kak long kata nak bacakan Quran utk mak caq...”...Aku buka mata aku. Ya Allah...dah masuk hari Sabtu...hari ni mak akan dikebumikan. Aku tak dapat tengok lagi wajah mak selepas ini. Hari ini hari terakhir Ya Allah... Aku pandang Zaimah...Zaimah terus menangis tengok aku...aku apatah lagi...berjujur keluar airmata ini bagai tak reti2 nak berhenti...Ya Allah...mak dah pergi tinggalkan aku...Ya Allah...”Betul ke Mah mak caq dah tinggalkan aku...”.Mak...

Tanpa lengahkan masa, aku terus bangun dan ambil wudhu’. Aku dah tak dak masa lagi nak bersama dgn mak...aku nak berbakti pada mak sebelum mak dikebumikan. Aku ambik Quran dan duduk di sebelah mak. Aku pandang mak…tapi mak dah tak pandang aku…mak tak balas pandangan aku…bukan tak sudi tapi nikmat penglihatan mak dah diambil balik oleh Pencipta nya…dari ayat pertama hinggalah ayat terakhir, aku bacakan dengan penuh sendu! Ya Allah…sedihnya…aku tak boleh lagi nak teruskan bacaan Quran…Aku pegang tgn mak…aku peluk mak…aku cium dahi mak..pipi mak seakan tidak pernah jemu…aku usap tubuh mak ingá ke kaki mak…aku kucup kaki mak…aku mohon keampunan dari mak…ampunkan segala dosa anakmu ini mak…ampunkan ceq!

Selepas itu, aku duduk sebelah mak…aku tak nak lepaskan mak..aku nak bersama mak…tapi semakin lama aku di sisi mak, semakin tak berhenti air mata ini tumpah ke bumi!

Waktu demi waktu berlalu…masuk waktu Subuh…dah semakin hampir masa mak utk tinggalkan aku secara mutlak. Berikan aku kekuatan Ya Rabbi…berikan aku kekuatan!

Pak Lang dtg pada aku dan beritahu mak akan dikebumikan tepat jam 10 pagi. Tersentap aku seketika. Kalau boleh, aku tak nak mak dikebumikan awal sebab aku belum puas menatap wajah mak…tapi kata2 itu hanya jauh di sudut hati ini…aku tak nak seksa mak kalau lambat mak dikebumikan…”ceq ikut je mana yg baik utk mak pak lang…” itulah jawapan aku…Sekejap saja lagi mak akan berangkat pergi. Aku terlalu sibuk hinggakan tak sempat nak duduk bacakan Al-Quran utk mak…sebab aku seorang saja anak mak.

Tiba saat mak hendak dimandikan...aku dan saudara2 ku yg lain sama2 mandikan jenazah mak. Inilah bakti terakhir aku...teringat saat aku mandikan mak waktu mak tak sihat...mak malu aku mandikan dia masa dia tak sihat. Tapi ketahuilah mak...ceq suka sangat mandikan mak.Ceq rasa seronok sgt mak... Aku jiruskan badan mak...aku sabunkan badan mak...aku basahkan rambut mak...Tok Teh mintak aku ratakan air pada badan mak buat kali yang terakhir sebelum mak di kafankan. Mak...mak...mak...

Selepas itu, mak diangkat ke ruang tamu utk dikafankan. Aku sentiasa berada dgn mak. Itulah janji aku pada mak!Aku akan sentiasa berada dgn mak hinngalah nafas mak yg terakhir! Aku dah tunaikan janji aku...Ramai tetamu yg dtg menziarahi mak...tak tersangka ramai sampai macam ni...Alhamdulillah...

Tiba saat yg tak dapat aku ungkapkan dgn kata2...kesedihan yg aku rasa...berbaur perasaan aku waktu ini...apabila aku diminta utk cium mak buat kali yang terakhir sebelum wajah mak ditutup dengan kain putih. Aku sapu airmata aku dengan tudung yg aku pakai sebelum wajah ini mencecah wajah mak...Aku dekatkan wajah aku pada mak...sejuk!Aku kucup dahi mak...lama...pipi mak...lama...hidung mak...lama...dagu mak...lama...Ya Allah... ’mak...damailah mak di sana...berakhir sudah penderitaan mak yg selama ini mak tanggung...ceq redha mak...pergilah mak...ceq akan cuba jadi sekuat dan setabah yg mungkin mak...’ Kemudian, bergilir2 adik2 mak cium mak...aku masih ingat waktu itu..pak ndak tak cium mak sebab pak ndak tak mampu nak tahan sedih...tapi anak2 saudara aku ada yg tak sempat cium wajah tok diorang buat kali terakhir.

Apabila jenazah mak dimasukkan ke dalam keranda, aku rasa sedih sgt!aku dah tak dapat lagi nak melihat wajah mak...bkan sekejap tapi selama2nya!

Al-Fatihah...

Ketika jenazah mak diarak pergi meninggalkan aku, aku rasa seakan gelap dunia ini!Aku terus rasakan seolah2 terpisah antara isi dan kuku. Perit ku rasa waktu itu. Pada ketika ini, aku keseorangan...tiada siapa yg dtg peluk aku beri sokongan...aku sorang2 hadapi keperitan ini. Ya Allah...tabahkan aku!

Masih terngiang2 kata2 mak pada aku... ”tahun ni, umur mak 63 tahun. Kalau mak mati, sama la dengan umur Nabi...” Mak...doamu Allah makbulkan. Hari ini, genap umur mak 63 tahun 28 hari.

Mak...pergi sudah sebutir mutiara yg sgt berharga dlm hidup aku...hilang sudah tmpat aku bermanja...tempat aku bergantung..tempat aku menaruh harapan......tempat aku bergurau senda...tempat aku meluah rasa... tempat aku berkongsi segalanya!

Mak...bagaimana ceq nak hadapi hidup ini keseorangan tanpa mak...kerana kita terlalu rapat mak!terlalu!Tak mungkin lagi ceq akan dapat kasih seorang ibu seperti mak...

Mak...terima kasih kerana melahirkan ceq...terima kasih kerana menyusukan ceq...terima kasih kerana menjaga ceq...terima kasih yg tidak terhingga ats segala pengorbanan mak buat ceq...terima kasih kerana izinkan ceq sambung belajar walaupun ceq tahu terlalu berat utk mak lepaskan ceq waktu itu...walaupun mak terpaksa duduk seorang diri di rumah...terima kasih atas susah payah mak menoreh utk beri kesenangan pada ceq...terima kasih utk semuanya mak!jasa mak tak dapat ceq balas hingga hujung nyawa ceq mak...

Ini bukanlah kehilangan pertama bagi aku...arwah pak tinggalkan aku masa aku 19 tahun...dan kini, belum pun lagi usia ku mencecah 24tahun, mak pulak tinggalkan aku. Aku bersyukur kerana ramai lagi yg kehilangan ibu bapa dlm usia yg jauh lbih muda...

Al-Fatihah buat bonda dan ayahanda...Zahrah Binti Abd. Ghani..dan Ismail Bin Adam...

Buat pembaca yang sudi melawat blog saya dan membaca cebisan nukilan ini, saya ucapkan terima kasih. Bukan niat utk menunjuk atau membangga diri, tapi hanya utk berkongsi apa yg saya pernah alami waktu ini. Hakikat sebenarnya, nukilan ini menuntut jutaan air mata saya utk menyiapkannya…bukan mudah bagi saya utk melakar kembali saat yang paling menyedihkan dalam hidup saya...

Pesan saya pada semua, hargailah ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Setitis pengorbanan mereka terlalu besar nilainya! Jangan jadi anak durhaka kerana takkan bau syurga...jgn bila sudah sampai masa mereka tinggalkan kita, baru kita nak menyesal sebab semuanya dah tak berguna...PEACE!

No comments:

Post a Comment